Tonton Live Streaming Terus Dari Paris Sempena Pelancaran OPPO Find X

Peminat OPPO sudah pasti tidak sabar menantikan kemunculan OPPO Find X, sebuah telefon pintar dibawah siri Find yang sudah lama menyepi. OPPO Find X yang kini sudah disahkan akan diperkenalkan secara rasmi akan mengambil tempat di The Louvre, Paris pada 20 Jun (esok). Bagi peminat di Malaysia, anda boleh menonton Live Streaming pelancaran tersebut di Facebook atau di saluran Youtube.

Dalam tempoh siaran secara langsung ini peminat OPPO yang teruja akan model diperkenalkan boleh mendapatkan maklumat terperinci mengenai peranti dalam masa sama mendapat info yang lebih cepat dan tepat.

Bagi menarik perhatian para penonoton, OPPO Malaysia turut menyediakan beberapa hadiah misteri istimewa kepada yang bertuah. Apa yang perlu dibuat ialah, penonton hendaklah kongsi video berkenaan di Facebook dan letakkan ia sebagai ‘public’ sebelum pukul 9 pagi, 20 Jun 2018.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh layari Facebook rasmi OPPO Malaysia.

You might also like