
Maklumat Mengenai OPPO Find X2 Bocor Lagi – Dijangka Hadir Dengan Sokongan Paparan Skrin 120Hz?
Sebelum ini, terdapat maklumat tertiris mendedahkan OPPO Find X2 didatangkan dengan sensor daripada Sony. Terkini, maklumat lanjut mengenai pewaris baru OPPO ini nampaknya tertiris lagi. OPPO Find X2 mungkin didatangkan dengan paparan bersaiz 6.5″ bersama sokongan kadar segar 120Hz.

Ia juga mungkin menggunakan resolusi QHD+ (3160 x 1440 piksel) dengan binaan melengkung mencecah 80% – bukan lengkungan air terjun seperti HUAWEI Mate 30 Pro. Selain itu, kuasa dalaman mungkin didatangkan dengan chipset 865 bersama teknologi M1 co-processor – di mana bantu ‘mengurangkan’ bebanan kuasa pada chipset bagi mengoptimumkan ketahanan bateri peranti.
OPPO dan Sony telah bekerjasama membangunkan sensor Sony IMX689 dengan lensa 48MP 1/1.3 inci. Menurut laporan terdahulu, ia akan dilengkapi dengan autofocus omni-directional baru – dikatakan bakal menggantikan sokongan autofokus dua piksel. Ini bermakna peranti ini mungkin mempunyai sokongan sensor IMX708 untuk sensor kedua dengan lensa sudut ultrawide. Seterusnya, lensa ketiga pula adalah sensor telephoto sebesar 13MP yang menyokong 5X zoom hibrid.
Khabar angin juga mengatakan OPPO Find X2 mungkin membawakan sokongan pengecasan tanpa wayar 55W. Pun begitu, maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum diketahui kesahihannya. Sama – sama kita tunggu kemunculan tuan empunya badan dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini.

