
IFA 2018: Huawei P20 Pro Hadir Dengan Kemasan Kulit Edisi Terhad
Dalam acara IFA 2018, Huawei selain melancarkan cip pemproses Kirin 980 baharu, juga membawa berita terkini kepada peminat siri P di mana bertambah pilihan warna baharu pada siri ini.
Kerangka siri P20 telah menyambut pilihan warna baharu, iaitu Morpho Aurora dan Pearl White selain warna hitam, biru dan pink. Selain warna baharu, edisi terhad dengan pembinaan kulit berwarna hitam dan coklat turut ditawarkan pada P20 Pro. Penawaran rekaan jenis kulit ini memberikan pengalaman yang berbeza berbanding dengan kerangka yang menggunakan rekaan kaca.
Buat masa ini masih tidak ketahui sama ada Huawei Malaysia akan membawa masuk atau tidak pilihan warna baharu ini.