
Hampir sebulan peraduan fotografi #BeautyinMalaysia diadakan oleh honor Malaysia, sebanyak lebih 1,000 penyertaan telah diterima dari pengguna honor di seluruh negara.
Pemenang hadiah utama, Ceciliamesney bertuah membawa pulang Vespa Primavera 150, manakala tiga pemenang lain adalah Ang Boris, Sulhidi Eddy dan Zulhilmi Abdullah Azizi berjaya memenangi honor 10, peranti berkuasa dengan warna kemasan Aurora dan sokongan AI.
#BeautyinMalaysia adalah inisiatif honor untuk melibatkan peminat dan pelanggan mereka dalam menerokai keindahan Malaysia melalui peranti honor. Salah seorang pemenang honor 10 Zulhilmi Abdullah Azizi berkata rekaan warna aurora menjadikan honor 10 sebuah peranti pintar yang sangat cantik di samping kuasa penggambaran yang hebat padanya.
Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ‘Beauty in Malaysia’, boleh layari Facebook honor Malaysia.
Baca Juga:
- honor 10 : 9 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai ‘Flagship Killer’ Ini…
- Reviu Eksklusif: Honor 10, Kamera Terbaik Setakat Ini Dihasilkan Oleh Honor!
- Honor View10 Masih Kekal Sebagai “Peranti Induk Paling Mampu Dimiliki”
- Pandang Pertama: honor Play, Peranti Gaming Pertama Dengan Teknologi GPU Turbo

