Panggilan & SMS Percuma Tanpa Had Ketika Melancong, Special Dari Celcom!

27-190-header_bannerLepas ni tak perlu lagi anda mencatu panggilan dan SMS kepada keluarga ketika anda sedang melancong ke luar negara. Sebabnya Celcom sudah pun melancarkan Celcom Passport, pelan Internet untuk digunakan ketika di luar negara dengan pakej panggilan dan SMS percuma.

headerbanner-socialroam Antara pakej yang ditawarkan di dalam pelan Celcom Passport adalah, 7 Day 3-in-1 Pass, 1 Day Calls and SMS Pass, dan 1 Day Internet Pass, sementara pelanggan Xpax ditawarkan 1 Day Social Roam Pass.

Mari lihat isi kandungan bagi setiap pakej:

Celcom Passport 7 Day 3-in-1 Pass
  • Terbuka untuk pelanggan FIRST Gold, FIRST Gold Plus and FIRST Platinum.
  • 3GB Internet berkelajuan tinggi.
  • Panggilan dan SMS tanpa had, dari negara asal dan negara yang sedang dilawati. (Tawaran berserta panggilan masuk)
  • RM138 untuk 7 hari di lebih 30 serata dunia.
Celcom Passport 1 Day Call & SMS Pass
  • Terbuka untuk pelanggan FIRST Blue, FIRST Gold, FIRST Gold Plus dan FIRST Platinum.
  • Panggilan dan SMS tanpa had, dari negara asal dan negara yang sedang dilawati. (Tawaran berserta panggilan masuk)
  • RM18 untuk sehari bagi 8 negara ASEAN (kecuali Vietnam).
Celcom Passport 1 Day Internet Pass
  • Terbuka kepada pelanggan Celcom Postpaid dan Prepaid.
  • Data Internet tanpa had.
  • RM38 sehari di lebih 165 negara.
Celcom Passport 1-Day Social Roam Pass
  • Terbuka kepada pelanggan Xpax Prepaid Plans.
  • 1GB untuk Facebook, Twitter, Whatsapp dan WeChat.
  • Percuma 50MB data Internet berkelajuan tinggi and percuma 50MB Basic Internet
  • RM10 sehari di 10 negara Asia Pasifik.

Untuk menikmati pakej-pakej Celcom Passport, anda boleh membelinya melalui USSD kod *118#.

You might also like