
Desas Desus iPhone 7 : Fungsi Dwi Kamera
Beberapa minggu yang lepas, beberapa imej paten Apple telah tersebar di internet. Paten tersebut menunjukkan bahawa Apple sedang membangunkan sistem dwi-kamera, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia akan digunakan dalam masa yang terdekat. Apple juga sememangnya terkenal dengan kebocoran paten teknologi/sistem yang akhirnya tidak digunakan langsung pada model keluaran mereka.
Namun itu tidak menghalang beberapa peminat Apple untuk membayangkan kemampuan peranti iPhone 7 yang akan diumumkan pada tahun ini. Menurut beberapa sumber, iPhone 7 bakal hadir dengan sistem dwi kamera yang mampu mengubah cara kita mengambil dan merakam imej. Desas desus sistem dwi kamera dikuatkan lagi dengan Apple dilaporkan telah membeli syarikat LinX yang mempunyai kepakaran di dalam penghasilan sistem depth–sensing.

