Garmin Lancar Vivofit 4 Dengan Ketahanan Bateri Selama Setahun Tanpa Perlu Dicas

Garmin International Inc. hari ini telah melancarkan peranti boleh pakai terbaru keluarannya dengan kemunculan model vivofit 4. Berbeza dengan peranti yang menyokong fungsi pengesan aktiviti kecergasan yang lain, vivofit 4 berupaya dipakai pada setiap hari tanpa perlu dicas kerana ia mampu bertahan sehingga satu tahun.

Walaupun dilengkapi dengan paparan skrin berwarna, pengguna vivofit 4 tidak perlu khuatir akan kehabisan bateri memandangkan ia tidak menggunakan bateri yang boleh dicas semula seperti kebanyakan peranti lain. Sebaliknya ia tampil dengan sokongan bateri jam (coin cell battery) yang tidak perlu dicas, sebaliknya perlu digantikan dengan bateri yang baru apabila mencapai jangka hayatnya.

vivofit 4 dijual pada harga USD79.99 (kira-kira RM322) melalui laman Amazon.com dalam tiga pilihan warna iaitu White (S/M), Limegreen Speckled (S/M) dan juga Black (S/M/L). Selain itu, ia turut menawarkan pelbagai pilihan aksesori tali jam yang lebih menarik pada harga antara USD19.99 hingga USD29.99 setiap satu.

You might also like