

11street adalah gedung membeli-belah atas talian yang terkenal menawarkan pelbagai barangan pada harga yang rendah. Oleh itu, 11street ingin memberi peluang kepada pelanggan baru dan sedia ada dengan membuka pra-tempahan peranti terbaru, Huawei Mate 10.
Bagi anda yang merancang untuk membeli telefon pintar canggih ini, 11street menawarkan hadiah berjumlah RM999 serta penghantaran ke rumah secara percuma. Malahan, pelanggan juga boleh mengurangkan harga bayaran dengan memasukkan kupon Big Savings RM100 yang boleh dimuat turun di dalam aplikasi.

Selain daripada itu, pelanggan juga diberi pilihan untuk membuat pembayaran secara ansuran iaitu selama 36 bulan. Pra-tempahan ini dibuka bermula hari ini sehingga 22 Oktober depan manakala penghantaran peranti pula akan bermula 28 Oktober kelak.

