Jualan honor 8X Kembali – Bila? Tanda Kalendar Korang Pada…

1312

honor Malaysia telah berkongsi berita gembira, apabila model honor 8X berjaya pecah rekod ‘telefon pintar paling laris’ setelah ianya rasmi diperkenalkan. Telefon pintar ini mula dijual pada 12 Oktober sehingga 14 Oktober 2018 di kedai atas talian Hihonor serta Shopee. Malah terdapat juga jelajah bersama honor 8X di empat lokasi berbeza iaitu MyTown (Cheras, KL), Klang Parade (Klang), Sutera Mall (Johor Bahru) dan Prangin Mall (Pulau Pinang).

Sebelum ini, honor 8X juga telah memulakan pra-tempah lebih awal dari tarikh pelancarannya, 9 Oktober 2018 yang mana menawarkan pelbagai hadiah menarik! Kepada yang berminat untuk memiliki telefon pintar ini, tetapi tidak berpeluang, jangan risau kerana honor ada berita baik buat anda semua.

Jualan honor 8X akan kembali lagi pada 19 Oktober 2018, masa 9 pagi. 500 pelanggan terawal akan mendapat hadiah honor Band 3 secara percuma dan hadiah tambahan baucer bernilai RM50 apabila membeli di Hihonor serta baucer Shopee Coin bernilai RM50 apabila membeli melalui Shopee.

Jadi tunggu apa lagi, jangan lupa tanda kalendar koranga ya! Terima kasih Malaysia, dari honor Malaysia!

Baca juga: