
Geekbench Dedah Peranti Terbaru Xiaomi Yang Tampil Dengan Kod Nama “markw”
Sudah menjadi satu rutin kepada pengeluar untuk menjalankan ujian benchmark sebelum sesebuah model terbaru diperkenalkan di pasaran. Selain AnTuTu, Geekbench merupakan cara terbaik untuk pengguna mendapatkan sebarang maklumat berkaitan ketirisan model terbaru yang bakal diperkenalkan di pasaran.
Baru-baru ini seorang blogger dari jerman telah berjaya memperolehi maklumat terbaru dari pangkalan data online Geekbench yang mendedahkan kemunculan sebuah model misteri keluaran Xiaomi.Berdasarkan kepada maklumat tersebut, Xiaomi telah menggunakan kod nama “markw” untuk model terbarunya itu dan akan dikuasakan dengan pemproses Qualcomm MSM8953 Snapdragon 625 berkelajuan Octa Core 2.0GHz yang menggunakan teknologi semikonduktor 14nm.
Model misteri ini juga akan turut dilengkapi dengan RAM berkapasiti 3GB dan akan dioperasikan dengan versi Android 6.0.1 Marshmallow. Apa yang pasti, jelas dapat dilihat Xiaomi “markw” ini telah disasarkan untuk pasaran kelas pertengahan.