
HUAWEI Perkenal Powerbank Dengan Sokongan Teknologi SuperCharge 40W
HUAWEI tampil agreasif apabila bukan sahaja muncul dengan model HUAWEI P30, bahkan turut menambah ahli baru dalam segmen aksesori. HUAWEI memperkenalkan powerbank baru yang dilengkapi teknologi berkuasa ‘kuda’ iaitu pengecasan pantas SuperCharge 40W.
Dikenali sebagai HUAWEI 12000 40W SuperCharge Power Bank, ia dibina dengan kapasiti 12000 mAh (pengecasan semula sekitar 2 jam 15 minit) dan menerima pengiktirafan daripada TÜV Rheinland. Rekaan badan adalah berasaskan bahan plastik berkualiti tinggi.
Tampil berbeza dengan yang lain, power bank ini juga boleh digunakan untuk mengecas komputer riba atau konsol Nintendo Switch. Harga jualan adalah 99 Euro (~kira-kira RM 456) – tersedia dalam warna biru dan putih.