Sony Akan Mula Menjual Peranti Kelas Pertengahan Dan Flagship Sahaja Selepas Ini

Sony baru sahaja mengumumkan bahawa mereka tidak lagi mengeluarkan siri Xperia X oleh kerana kurang mendapat sambutan berikutan spesifikasi yang rendah berbanding siri Xperia Z yang hadir dengan spesifikasi yang lebih tinggi.

Sony IR (pelabur Sony) telah mengesahkan bahawa Sony tidak lagi mengeluarkan peranti dalam lingkungan harga RM2,500 yang lebih dikenali sebagai  ‘Premium Standard’ pada sebelum ini. Mulai sekarang, Sony akan lebih fokus kepada kelas pertengahan XA dan barisan model flagship Xperia XZ untuk meraih kembali keuntungan.

You might also like