Facebook Messenger Menawarkan Sokongan Panggilan Video & Suara Secara Berkumpulan

Facebook sebelum ini telah memperkenalkan fungsi membuat panggilan video dan suara secara berkumpulan untuk Messenger. Tetapi proses untuk melakukannya sedikit sukar. Sekiranya anda ingin mengubah panggilan individu kepada panggilan berkumpulan, anda perlu menamatkan panggilan terlebih dahulu, kemudian membuat panggilan video berkumpulan menerusi Messenger.

Terbaru, Facebook memudahkan proses berkenaan pada Messenger dengan menambah sebuah ikon baru ketika membuat panggilan video iaitu ikon ‘Add Person’.

Ketika membuat panggilan secara kepada seorang individu, anda boleh terus tekan pada ikon berkenaan dan menambah rakan atau ahli keluarga baru untuk turut sama menyertai panggilan video berkenaan. Ciri baru ini telahpun ditawarkan untuk semua pengguna Android dan iOS di seluruh dunia.

Sumber

https://www.facebook.com/messenger/videos/1811284028991269/

You might also like