
Nokia Dan Xiaomi Bekerjasama Menandatangani Perjanjian Paten
Kerjasama antara dua benua di dua negara, Espoo, Finland dan Beijing, China telah mewakilkan Nokia dan Xiaomi dalam pembangunan industri telefon pintar. Tandatangan yang diturunkan di kedua-dua belah pihak selepas ini akan berkongsi pendapat dan idea seterusnya mengembangkan lagi sayap perniagaan masing-masing.
Xiaomi yang kini memiliki 60 juta pengguna global dalam ekosistem Mi sangat komited ingin bekerjasama dengan peneraju teknologi global iaitu Nokia. Nokia yang lebih maju dalam bidang infrastruktur rangkaian dan teknologi akan menawarkan Xiaomi penyelesaian pusat data dan peningkatan kapasiti.
Tambahan pula, mereka juga bersetuju merangka pelan bagi membangunkan peranti berhubung (Iot) dan realiti maya pada masa hadapan. Selain dari aspek kerjasama, terdapat lesen paten Nokia juga dibeli oleh Xiaomi dan kontrak ini akan berlangsung dalam beberapa tahun yang mendatang.

