- Iklan -

WWDC 2019: Apple Merasmikan tvOS 13 Untuk Apple TV – Hadir Dengan Sokongan Alat Kawalan Permainan Xbox One & PlayStation

- Iklan -

WWDC 2019 secara rasminya membuka tirai dengan pertamanya memperkenalkan tvOS 13, sistem operasi baharu untuk Apple TV. Tim Cook bermula dengan mengumumkan salah satu rancangan asal mereka yang bertajuk “For All Mankind”, yang akan hadir ke Apple TV pada musim luruh ini.

tvOS baharu ini hadir dengan sokongan multi-pengguna, di mana setiap pengguna akan menerima cadangan yang disesuaikan mengikut individu. Kandungan lain termasuk juga Muzik yang akan memaparkan lagu lirik serentak dengan muzik yang dimainkan.

Selain itu, Apple juga menambah sokongan pada alat kawalan permainan Xbox One dan PlayStation DualShock 4 yang mampu mengawal permainan di Apple TV. Tambahan menarik ia boleh digunakan bersama Apple Arcade yang bakal dilancarkan pada tahun ini.

 

 

- Iklan -

You might also like