WWDC 2019: Ramalan 5 Ciri Baharu Pada iOS 13, macOS 10.15 & watchOS 6

- Iklan -

Acara tahunan Apple WWDC 2019 akan diadakan pada waktu Malaysia 4hb Jun 2019, 1 pagi. Setiap kali sebelum persidangan rasmi, terdapat banyak ramalan atau berita tertiris tidak ketinggalan untuk kali ini juga.

Seperti yang dijangka, WWDC 2019 akan melancarkan sistem operasi baharu iOS 13, macOS 10.15, watchOS 6 dan tvOS 13 dengan sokongan ciri baharu untuk iPhone, iPad, Mac, Apple Watch dan Apple TV.

Apakah topik menarik pada malam ini? Mari kita sekilas pandang 8 ciri menarik terlebih dahulu!

 

Mod Gelap Bakal Tiba Pada iOS 13

Isu penambahbaikan sistem operasi iOS menjadi tumpuan utama setiap tahun, tidak terkecuali bagi iOS 13 kali ini. Ciri mod gelap (Dark Mode) yang lama ditunggu-tunggu juga bakal diperkenalkan dalam acara ini, gaya hitam sepenuhnya akan tampil pada tetapan, termasuk aplikasi terbina-dalam.

 

Aplikasi Baharu “Find My”

iOS 13 juga dijangka bakal melancarkan aplikasi baharu “Find My”, di mana ia menggabungkan “Find My iPhone” dan “Find Friends” menjadi satu ciri baharu yang tampil dengan antaramuka lebih mesra.

 

Penambahbaikan Screenshot

Salah satu perubahan yang bakal hadir dalam iOS 13 adalah paparan screenshot yang lebih menarik, di mana paparan skrin akan menjadi kabur di sekeliling selepas membuat screenshot, dan simbol alat suntingan di bawah juga telah berubah menjadi lebih menarik.

Bagi iPad pula, simbol alat suntingan tampil melengkung dan kedudukannya boleh diubah ke mana-mana di paparan skrin.

 

macOS 10.15 Lebih Bersepadu Dengan iOS

macOS 10.15 akan meningkatkan integrasi antara iOS dan macOS, kerana tahun lepas Apple telahpun menunjukkan cara untuk mengimport aplikasi terbina-dalam pada iPad ke mac dan diharap lebih banyak aplikasi dapat diintegrasikan pada masa depan.

[ Perkhidmatan iTunes Bakal Ditamatkan?! ]

Seperti yang diketahui, Apple akan mengumumkan penghentian iTunes pada malam nanti dengan memperkenalkan 3 aplikasi baharu iaitu Muzik, TV dan Podcasts.

 

watchOS 6 Bakal Sokong App Store Tersendiri

Bagi pengguna Apple Watch, sistem operasi watchOS 6 juga mempunyai penambahbaikan yang amat perlu diperhatikan. Selain menyokong App Store tersendiri, aplikasi “Cycle” yang boleh digunakan untuk memantau tidur dan kitaran haid, termasuk sebagai tanda peringatan dalam pengendalian ubat turut diperkenalkan dalam watchOS 6.

Bagi pengguna Apple Watch, antaramuka baharu juga menjadi fokus utama di mana California, Gradient, X-Large dan banyak lagi akan dirasmikan dalam acara ini.

Apa lagi ciri-ciri menarik untuk kali ini? Sama-sama kita nantikan perasmian WWDC 2019 jam 1 pagi ya.

 

 

You might also like