
OnePlus 5T Lava Red Untuk Pasaran China
Nampaknya warna merah semakin mendapat perhatian pengguna telefon pintar hari ini. Selain OPPO dan Samsung, OnePlus juga memperkenalkan warna baru untuk pasaran China bagi model 5T, iaitu Lava Red. Warna merah ini kelihatan sama seperti model F5 Edisi Merah yang diperkenalkan OPPO sebelum ini.
Di china, OnePlus 5T Lava Red akan dijual untuk model RAM 8GB dan ROM 128 GB berharga RMB3,499 (RM2,195). Tidak diketahui sama ada warna ini akan dikomersilkan untuk pasaran global ataupun tidak.
OnePlus 5T adalah model baru yang menampilkan skrin Optic AMOLED yang lebih besar berukuran 6.01 inci dengan nisbah paparan moden iaitu 18:9. Dari segi penggambaran, OnePlus 5T menampilkan kombinasi dwi lensa beresolusi 16 Megapiksel dan 20 Megapiksel.
Dioperasikan oleh Android 7.1.1 Nougat, model ini menawarkan bateri berkapasiti 3300mAh dengan sokongan teknologi pengecas Dash Charge (20W).
Sumber : Gizmochina

