Meizu Zero – Peranti Pintar Pertama Tanpa Sebarang Butang & ‘Lubang’?!

Di luar jangkauan akal! Itulah reaksi yang terkeluar daripada bibir kami selepas mengetahui mengenai peranti pintar ini.

Meizu Zero merupakan peranti pintar pertama yang direka tanpa sebarang ‘lubang’ termasuklah post pengecasan, pembesar suara dan apa jua butang. Sekali pandang, ia kelihatan seolah-olah hanya mempunyai skrin, badan dan kamera semata-mata.

https://www.youtube.com/watch?v=XqdhBsi77A4

Memetik sumber, telefon ini membawakan skrin bersaiz 5.99 inci AMOLED bersama rekaan lengkung pada kedua-dua sisi. Badannya menggunakan binaan seramik unibody dan ia menyokong ciri kalis air melalui pengiktirafan IP68.

Menjananya adalah Snapdragon 845 dan melengkapinya, kamera utama 12 MP + 20MP (dilengkapi sistem kecerdasan buatan Meizu’s One Mind AI Smart 2) , kamera swafoto sebesar 20MP. Pengimbas cap jari terbina pada skrin dan dikatakan mempunyai teknologi nyahkunci peranti yang pantas.

Oleh sebab tiada sebarang ‘lubang’ dan butang, peranti ini menggunakan pembesar suara dalam skrin menerusi teknologi mSound 2.0 – Meizu mendedahkan pembesar suara mereka mampu menghasilkan kualiti audio terbaik.

Untuk butang kuasa serta laras suara, peranti ini menggunakan sistem butang haptik untuk menawarkan butang maya. Bagi proses pengecasan, ia menyokong pengecasan tanpa wayar 18W – Super mCharge Wireless. Peranti ini tidak mempunyai sebarang slot simkad sebaliknya menggunakan e-Sim.

Tiada sebarang maklumat lanjut mengenai spesifikasi selebihnya seperti kapasiti bateri, memori dan storan tersedia buat setakat ini. Jadi sama-sama kita tunggu untuk update selanjutnya!

[SUMBER] [SUMBER 1]

You might also like