Eksklusif Hands-On! vivo APEX 2019 – Peranti 5G Pertama Berteknologi Ohsem!

vivo tidak lama sahaja melancarkan peranti 5G paling tip top yang pertama keluaran mereka di pasaran China, iaitu APEX 2019. Keunikan peranti ini bukan sahaja terletak pada rekaan body yang tiada sebarang butang dan port sambungan, malah juga terkenal dengan teknologi yang ditawarkan padanya.

Permukaan melengkung Waterdrop Glass dan tanpa bukaan dan bezel, memberikan pengalaman yang menakjubkan.

Teknologi Touch Sense boleh mengenal pasti sentuhan dengan lebih tepat

Dikuasakan Qualcomm Snapdragon 855, bersama 12GB RAM dan 512GB ROM.

Teknologi pengimbas cap jari pada paparan penuh, di mana sensor meliputi hampir keseluruhan paparan.

Anda boleh menyahkunci peranti hanya menyentuh di mana-mana sahaja pada skrin.

Penggunaan MagPort yang merupakan magnetic power connector berperanan sebagai pengecasan dan pemindahan data.

Teknologi Screen SoundCasting menukar keseluruhan paparan APEX 2019 kepada speaker melalui fungsi getaran skrin

APEX 2019 disediakan dalam 3 pilihan warna, iaitu Quartz White, Titan Silver dan Meteor Gray.

Hands-On!

Masih tidak diketahui harga jualan dan ketersediaan untuk vivo APEX 2019, apa-apa kita nantikan kemas kini dari pihak vivo Malaysia.

 

 

You might also like