Kenali Teknologi One Tap To Share – Dibawa Oleh HUAWEI MateBook 13

Jenama HUAWEI amat terkenal dengan inovasi yang diimplementasikan pada keluaran produk mereka, terkini komputer riba serba boleh MateBook 13 telah diperkenalkan dan ia tentunya merupakan pasangan sempurna untuk siri P30 bahkan siri Mate 20.

Kewujudan MateBook 13 akan mengubah gaya hidup kerana inovasi terkini yang dicipta menjadikan kehidupan anda lebih sempurna. Teknologi One Tap to Share yang berasaskan ciri HUAWEI Share 3.0 ini cukup luar biasa, kenapa? Ia boleh melaksanakan proses perkongsian antara peranti Android dan Windows dengan mudah sekali!

Bagaimana Menggunakan HUAWEI One Tap to Share?

Perkongsian Gambar / Video:

Langkah 1: Aktifkan HUAWEI Share dan ikon NFC
Langkah 2: Pilih fail, dokumen atau gambar dari peranti pintar anda
Langkah 3: Tap peranti pintar anda pada komputer riba dan fail secara automatik akan dipindahkan ke komputer riba

Langkah yang sama juga boleh dilakukan bagi pemindahan fail, dokumen atau gambar dari komputer riba ke peranti pintar anda.

 

Perkongsian Clipboard

Langkah 1: Aktifkan Bluetooth dan ikon NFC
Langkah 2: Pilih dan copy (salin) teks yang ingin dikongsikan dari peranti pintar anda
Langkah 3: Menggunakan komputer riba, paste (tampal) perkataan tersebut di tempat yang diingini

 

Rakaman Skrin

Langkah 1: Aktifkan HUAWEI Share dan ikon NFC
Langkah 2: Goncang peranti pintar anda ke bahagian sisi sebelum tap pada komputer riba
Langkah 3: Peranti pintar secara automatik akan melakukan rakaman skrin bagi video yang dimainkan di komputer riba. Anda boleh mengawal durasi rakaman tersebut dan ia turut membenarkan anda berkongsi atau menyimpan video tersebut dalam peranti pintar.

 

Kelebihan Teknologi One Tap to Share

Perkongsian menjadi lebih mudah & bijak

Interaksi di antara PC dan peranti pintar tidak pernah semudah begini, kini anda boleh membuat pemindahan fail, merakam skrin PC dan menyalin teks dari peranti ke peranti dengan mudah dan ringkas sekali.

1) Perkongsian Gambar / Video

Meningkatkan saluran sosial dengan One Tap to Share

Remaja hari ini sangat mementingkan setiap post yang dikongsikan ke laman sosial mereka. Justeru itu, gambar yang diambil menggunakan HUAWEI P30 yang luar biasa ini mudah dipindahkan ke komputer riba untuk tujuan penyuntingan hanya dengan sekali sentuh sahaja. Hasil penyuntingan juga akan dipindahkan semula ke peranti pintar untuk post segera, kan mudah!

Bukan sekadar ini sahaja! Setiap perkataan dari gambar yang dipindahkan ke MateBook 13 boleh juga dikenalpasti dengan bijak. Terima kasih kepada ciri ini, anda kini boleh mengambil gambar dari bahan bacaan dan boleh mengekstrak input bahan bacaan tersebut. Ambil gambar bahan bacaan, kongsi ke komputer riba dan perkataan tersebut akan dikenalpasti untuk kerja salin dan tampal.

Bagi kemudahan perkongsian video pula, anda boleh mengatasi masalah menonton video bersama kawan menggunakan satu peranti pintar hanya dengan HUAWEI Share. Daripada mencari kabel atau memuat turun video, baik gunakan One Tap to Share untuk berkongsi video terus ke MateBook 13 yang menawarkan paparan skrin FullView.

 

2) Perkongsian Clipboard

Salin teks pada satu peranti pintar dan tampal pada peranti lain (Peranti pintar HUAWEI, tablet, PC) serta-merta apabila berada dalam mesyuarat menjadi sangat mudah dan efektif!

Bahkan bagi wartawan yang selalu perlu menghadiri pelancaran dan memerlukan proses pemindahan nota dari peranti pintar ke komputer riba, teknologi One Tap to Share sangat membantu kerana anda boleh terus menyalin dari peranti pintar ke MateBook 13.

3) Perkongsian Dokumen

Pengguna tidak perlu risau untuk memindahkan fail yang lebih daripada 200M, dengan One Tap to Share semuanya menjadi lebih mudah. Hanya satu sentuhan dan dokumen anda boleh dipindahkan dengan pantas dan selamat antara MateBook 13 dan peranti pintar anda.

 

4) Rakaman Skrin

Hanya goncang (shake) peranti pintar dan tap pada komputer riba untuk merakam skrin secara automatik selama 60 saat, dan rakaman tersebut akan disimpan ke peranti pintar. Ciri ini sangat bagus boleh dijadikan sebagai bahan pembelajaran.

Nota: Ciri Perkongsian Clipboard dan Rakaman Skrin kini hanya tersedia pada EMUI 9.1 dan PC Manager 9.1 yang akan dikemas kini tidak lama lagi.

 

Mengapa Pilih HUAWEI Matebook 13?

HUAWEI MateBook 13 akan menjadi rakan kongsi terbaik untuk siri P30 atau siri Mate 20, kerana kemampuan P30 Pro yang mampu mengambil gambar dengan 50x zoom dan teknologi One Tap to Share pada MateBook 13 membolehkan anda memindahkan 500 gambar dalam masa satu minit dari peranti pintar ke komputer riba secara tanpa wayar.

Dilengkapi dengan paparan 3:2 FullView Display dengan nisbah skrin-ke-kerangka hampir 90%, serta skrin beresolusi 2K yang pastinya dapat memberikan tontonan terunggul. Walaupun MateBook 13 sangat ringan dan nipis, namun ia masih melengkapkan spesifikasi tip top dengan ciri-ciri menarik.

HUAWEI MateBook 13 baharu ini boleh didapati pada harga seperti berikut:

Model Versi Harga Jualan
HUAWEI MateBook 13 i5/8G/256G/NVIDIA RM3,999
HUAWEI MateBook 13 i7/8G/512G/NVIDIA RM4,399

 

Dengan skrin penuh beresolusi 2K dan kad grafik berasingan, Matebook 13 adalah pilihan terbaik yang boleh anda dapati di bawah harga RM4,000. Berminat, boleh layari HUAWEI Shop untuk maklumat lanjut.

 

 

You might also like