Samsung Galaxy A9 (2018) Berharga RM1,999 – Siri Jelajah Bermula 23~25 November 2018!

Kini yang dinanti-nantikan akan tiba pada hujung minggu ini! Samsung Galaxy A9 (2018) adalah peranti pertama yang menawarkan empat buah kamera di belakag peranti. Dilancarkan di Kuala Lumpur pada 11 Oktober yang lepas, telefon pintar akhirnya tiba di Malaysia pada 23 November 2018.

Ia disahkan menerusi pengumuman jelajah Samsung Galaxy A9 (2018) yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 November 2018. Walaupun masih belum mengumumkan harga jualan, tetapi melalui perkongsian di laman Satu Gadget Dot Com, Galaxy A9 (2018) akan dijual pada harga RM1,999.

Pelanggan terawal yang membeli Samsung Galaxy A9 (2018) akan menerima hadiah bernilai RM783.

Lebih istimewa, pelanggan terawal yang membeli telefon pintar ini akan menerima hadiah bernilai RM783 yang terdiri daripada JBL GO2 Wireless Speaker, kad tambahan microSD 128GB, powerbank 10000mAh dengan sokongan pengecasan pantas, langganan Spotify selama tiga bulan, tiket wayang TGV dan juga pelan perlindungan skrin Samsung.

Selain itu, anda juga berpeluang untuk beramah mesra dengan artis seperti Ismail Izzani (City Square, JB), Charis Ow (One Utama), Gaston & Jeii Pong (Gurney Plaza Peneng) serta Uriah See ( Gurney Plaza Peneng) pada 24 dan 25 November 2018. Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan siri jelajah Samsung Galaxy A9 (2018) ini.

Berpeluang untuk beramah mesra dengan artis tempatan.

Sumber

You might also like