Peranti baharu dari OPPO iaitu OPPO Reno 10x Zoom yang sudah dijual secara rasmi telah membuat kemunculan di jelajah dari 18 hingga 30 Jun di Sunway pyramid. Jelajah pada kali ini akan meliputi pelbagai siri permainan, pertandingan dan beramah mesra bersama selebriti.
Justeru, OPPO telah berkolaborasi bersama dengan pereka tempatan, Pamela Tan dalam menghasilkan pertunjukkan seni yang menakjubkan menerusi visual portal di jelajah berkenaan. Pengunjung yang hadir juga berpeluang untuk menerokai pertunjukkan tersebut menerusi OPPO Reno 10x Zoom.
Hasil seni dari Pamela itu memaparkan beberapa lapisan elemen dengan menggunakan tali untuk menyorot bentuk interstisial antara lengkungan pembukaan radial ke kawasan pusat. Tali tersebut direnggangkan dan ditenun di antara bingkai besi yang nipis. Ia sekaligus memberikan perasaan kepada pengunjung seumpama memasuki visual portal.
Dalam pada itu, ketika jelajah berkenaan, orang ramai boleh menyertai OPPO Reno 10x Carnival yang mana pelbagai permainan dan aktiviti menarik seperti pertandingan fotografi menggunakan OPPO Reno 10x Zoom yang memberi peluang kepada anda untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM40000.
Selain mengambil bahagian dalam permainan, OPPO turut menawarkan program trade-in untuk siri OPPO Reno dan cabutan bertuah bagi pemegang kad Public Bank Debit / kredit. Pelanggan yang membeli siri OPPO Reno ketika jelajah tersebut, mereka akan menerima hadiah eksklusif bernilai RM798.