
HUAWEI Perkenal Jam Pintar – HUAWEI Watch GT Elegant Edition & HUAWEI Watch GT Active Edition
Seiring dengan pelancaran siri HUAWEI P30 sebentar tadi, HUAWEI juga telah menambah dua lagi produk di bawah segmen jam pintar yang dikemas kini dengan spesifikasi lebih baik menerusi HUAWEI Watch GT Elegant Edition dan HUAWEI Watch GT Active Edition.

Kedua-dua jam pintar ini mempunyai spesifikasi hampir sama seperti HUAWEI Watch GT. Tetapi, penambah baikan telah dilakukan pada rekaan, warna kemasan dan ukuran tali yang digunakan. Navigasi bagi kedua-duanya boleh dibuat menerusi dua butang fizikal ataupun skrin.
Huawei Watch GT Elegant Edition
HUAWEI Watch GT Elegant Edition dilengkapi 1.2 inci skrin AMOLED dengan resolusi skrin 390 x 390 piksel. Ia juga hadir dengan bezel seramik dengan ketahanan kukuh yang tinggi serta anti calar.

Untuk bateri, jam pintar ini disertakan dengan jangka hayat bateri sehingga satu minggu dengan sekali cas. Ia menyokong pengimbas nadi optikal, barometer, girometer dan accelerometer. Selain itu, ia juga dilengkapi rintangan air 5ATM dan menyokong bluetooth 4.2.
Huawei Watch GT Active Edition
HUAWEI Watch GT Active Edition dilengkapi skrin 1.39 inci AMOLED dengan resolusi 454 × 454 piksel. Ia hadir dengan paparan bulan bersama ketahanan kukuh. Untuk ketahanan bateri, ia dikatakan mampu bertahan sehingga 14 hari. Ia juga menyokong bluetooth 4.2, rintangan air 5ATM, pengimbas nadi optikal, barometer, girometer dan accelerometer.

Untuk harga jualan dan ketersediaan, HUAWEI Watch GT Active Edition ditawarkan pada harga 249 Euro (~kira-kira : RM 1,146). Manakala, HUAWEI Watch GT Elegant Edition pada harga 229 Euro (~kira-kira : RM 1,054).

