
Sarung Pelindung Nokia 7.2 Bocor – Kamera Utama Berbentuk Bulat + Persediaan 3 Lensa?
Korang masih ingat dengan perkongsian kami mengenai peranti baharu nokia dengan kod nama TA-1198 yang didakwa menyertakan persediaan tiga kamera? Aha! Terkini, muncul maklumat tertiris mendedahkan peranti tersebut bakal dikenali sebagai Nokia 7.2.

[BACA : Nokia Tampil Peranti Baharu Dengan Rekaan Tiga Kamera?! ]
Lebih mengejutkan, imej pengolokan didakwa memaparkan sarung pelindung peranti tersebut kini muncul di media sosial. Memetik imej bocor, ia memperlihatkan rekaan yang sama dengan peranti baharu nokia (kod nama TA-1198) yang tertiris sebelum ini.
Terdapat potongan berbentuk bulat pada bahagian kamera utama – imej turut memperlihatkan persediaan tiga lensa utama pada peranti dan pengimbas cap jari fizikal. Selain itu, ia juga memberi gambaran ia bakal disertakan dengan sambungan USB-C dan bicu audio 3.5mm.

Sekiranya desas- desus ini benar – bermakna Nokia 7.2 dijangka membawakan paparan FHD+ dan dilengkapi cipset Snapdragon 660. Ia juga bakal menyertakan 48MP kamera utama (Carl Zeiss) dan bateru sebesar 3,500 mAh. Pun begitu, maklumat tertiris masih lagi rumors. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!
[SUMBER]

