Logo Berwarna Nostalgia Kembali Pada Produk Keluaran Apple Tahun Ini?!

Baru-baru ini ada khabar angin mengatakan Apple ingin menggunakan warna nostalgia pada logo mereka untuk produk yang seterusnya, dan Mac mungkin adalah produk pertama yang akan menggunakannya.

Sekiranya sebut sahaja logo Apple, warna kelabu/perak akan terlintas di minda. Namun pada awal tahun 1977, pereka grafik Rob Janoff telah mereka logo Apple yang berwarna-warni. Pada tahun 1984, Apple buat pertama kalinya menggunakan logo pelangi pada Macintosh generasi pertama, juga pada produk yang seterusnya.

Jika logo pelangi dikembalikan dalam aliran pemasaran, selain Mac peranti pintar iPhone dilihat mungkin akan digunakan terutama iPhone XR yang mempunyai pilihan warna mesti nampak lebih menarik.

Setakat ini hanya berita khabar angin sahaja, adakah ia akan diperkenalkan? Kita sama-sama menunggu acara rasmi dari Apple.

[ SUMBER ]

_________________________

Artikel Berkaitan:

 

You might also like