Musim cuti sekolah yang bakal bermula esok akan meningkatkan jumlah trafik lalu lintas di seluruh negara. Jika nasib tidak baik, anda mungkin akan tersekat didalam kesesakan jalan raya untuk beberapa jam. Bagi mengelakkan kenderaan yang dinaiki kehabisan minyak sewaktu melakukan perjalanan, hari ini Waze dan Petron berkolaberasi menyediakan navigasi kepada pengguna untuk ke stesen minyak Petron yang berhampiran sambil berehat sebentar.
Fungsi yang diberi nama Jenama Kegemaran diperkenalkan kepada pengguna untuk mengenal pasti jenama kegemaran mereka terus dari dalam aplikasi. Ia sekaligus memudahkan pengguna untuk memilih Petron sebagai jenama kegemaran lantas membantu menyingkatkan masa mencari jalan ke stesen minyak tersebut.
Pada aplikasi Waze ini juga pengguna turut disajikan promosi-promosi menarik yang dijalankan pihak Petron malah tidak terlepas ganjaran yang disediakan. Melaluinya, pengguna jalan raya kini tidak perlu risau untuk melakukan perjalanan pada musim cuti sekolah bahkan diberi kemudahan terus dari dalam aplikasi Waze.