Fotografi Lebih Bermakna Dengan “Live Photo” Dari vivo

Setiap pengguna telefon pintar pasti meletakkan kebolehan kamera sebagai keutamaan. Kerana ramai diantara kita yang memuat naik gambar setiap hari di laman sosial, vivo kini menawarkan ciri Live Photo pada V7+.

Ciri Live Photo pada vivo kini membolehkan pengguna merakam video beberapa saat untuk dijadikan sekeping gambar yang lebih ‘hidup’. Ciri ini telah mula menarik perhatian ramai sejak ia diperkenalkan pada iPhone dalam iOS 9 yang lalu.

Di samping ciri Live Photo, kamera belakang 16 Megapiksel ini juga menyokong teknologi autofocus pengesanan fasa (PDAF) dan LED flash. Ia membantu pengguna menfokuskan objek dengan lebih cepat berbanding sensor biasa.

Bukan itu sahaja, pengguna kini boleh merakam gambar dengan lebih terperinci menerusi teknologi sensor yang telah dinaik taraf menggunakan perisian algoritma khusus dari vivo. Selain daripada itu, ciri V-series turut menawarkan pelbagai mod termasuk Night Mode, Ultra HD Mode, Professional Mode, Slow Mode, Time-lapse Mode, dan PPT Mode.

vivo V7+ yang akan dilancarkan minggu hadapan didatangkan dengan paparan FullView Display serta kerangka unibodi yang premium. Untuk maklumat lanjut mengenai produk, sila layari Facebook vivo Malaysia.

You might also like