

Hari ini Samsung Malaysia Electronics (SME) secara rasmi melancarkan peranti flagship terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy Note8. Peranti utama di bawah siri Note ini menawarkan ciri-ciri yang menarik terutamnya ciri S-Pen yang sudah sinonim dengan nama Note.
Persembahan Galaxy Note 8 kali ini telah membawakan fungsi dwi kamera utama dan paparan Infinity Display yang hampir penuh di muka depan. Samsung meletakkan skrin AMOLED bersaiz 6.3 inci dengan resolusi 1440p bersama kerangka badan gelas yang berkilau. Sokongan kalis air masih lagi ditawarkan malah anda juga boleh menggunakan pen stylus S-Pen walaupun berada di dalam air.


Konfigurasi dwi kamera dibelakang dibina dengan kemas bersama sensor 12MP + 12MP bersensorkan wide angle dan telephoto. Buat pertama kalinya, Galaxy Note8 juga diintegrasikan dengan sistem penstabilan imej (OIS) di kedua-dua sensor. Sementara di depan pula, sebuah kamera 8 Megapiksel bersama aperture f/1.7 hadir sebagai teman rapat untuk ber-selfie.

Menggunakan pemprosean 10nm Exynos 8895 dan RAM sebesar 6GB, peranti ini mampu melakukan tugasan multi-tasking tanpa sebarang masalah. Malahan, storan simpanan seluas 64GB juga menyokong kad microSD sehingga 256GB. Di samping itu, kuasa untuk menjana peranti ini turut dibekalkan dengan bateri berkapasiti 3,300mAh dan OS Android 7.1.1 Nougat.

Seperti yang dijanjikan, Samsung juga telah mengundang seorang selebriti terkenal dari Korea untuk memeriahkan majlis. Bintang yang cukup terkenal ini adalah salah seorang ahli dalam rancangan bersiri “Running Man”. Dikenali sebagai Song Ji-Hyo, dia dijemput untuk memperkenalkan Galaxy Note8 kepada peminatnya di Malaysia.

Samsung Galaxy Note8 dijual pada harga RM3,999 dalam tiga pilihan warna iaitu Midnight Black, Maple Gold, dan Orchid Gray. Bermula dari 21 (hari ini) sehingga 24 September depan, pembeli akan ditawarkan Samsung Gear VR dan Samsung Screen Protection secara PERCUMA. Pembelian peranti boleh dibuat di semua cawangan Samsung Experience Store seluruh negara bermula hari ini.
Spesifikasi Samsung Galaxy Note 8 :
- AMOLED 6.3” Quad HD 2960 x 1440 (~521 ppi)
- 162.5 x 74.8 x 8.6mm / 195g
- Android 7.1.1 Nougat
- 12MP Dual Pixel f/1.7 OIS (wide angle) + 12MP f/2.4 OIS 2xZoom (telephoto)
- 10nm Exynos 8895 Octa-core (2.3GHz + 1.9GHz)
- 6GB RAM / 64GB ROM
- 3,300mAh Quick Charge 2.0
- LTE Cat.16 / NFC / Samsung Pay
- Kalis air IP68
- Samsung S-Pen
- Fingerprint sensor / Face Recognition / Iris Scan
- RM3,999 (termasuk GST)
- Midnight Black, Maple Gold, dan Orchid Gray

