
Samsung Bakal Tampil Dengan Rekaan Skrin Yang Lebih Unik Berbanding iPhone X
Jika sesetengah pengeluar lebih cenderung untuk mengambil pendekatan untuk meniru keunikan rekaan sesebuah telefon pintar, Samsung nampaknya lebih berdaya saing dan mahu mencuba sesuatu yang lebih berinovasi. Apple yang sebelum ini mengambil pendekatan berbeza dengan menawarkan rekaan paparan skrin yang agak kontroversi pada iPhone X nampaknya bakal menerima saingan daripada model terbaru yang akan diperkenalkan oleh Samsung pada masa akan datang.
Paten rekaan skrin terbaru dari Samsung yang telah berjaya diperolehi oleh LetsGoDigital ini telah memperlihatkan rekaan skrin penuh yang jauh lebih futuristik berbanding paparan skrin OLED yang digunakan oleh iPhone X. Samsung dipercayai akan menggunakan panel OLED fleksibel yang akan memiliki lubang khas untuk menempatkan komponen penting seperti kamera lubang earpiece dan juga sensor terus pada skrin tersebut.
Berdasarkan kepada konsep rekaan yang dihasilkan oleh @VenyaGeskin1 ini, rekaan manakah yang anda rasakan lebih menarik dan praktikal?!
Sumber: Let’sGoDigital


