honor 7C Akan Diperkenalkan Di China Minggu Hadapan?!

Huawei dan honor nampaknya lebih aktif memperkenalkan peranti baru mereka akhir-akhir ini. Semalam honor 9 Lite baru sahaja diperkenalkan secara rasmi di Malaysia berharga RM749.

Terkini, honor dikhabarkan akan melancarkan sebuah lagi model baru yang diberi nama honor 7C. Model baru ini akan dilancarkan di China pada 12 Mac 2018. honor 7C menawarkan spesifikasi yang masih memuaskan di mana menampilkan paparan skrin berukuran 5.99 inci dengan resolusi 1440×720 piksel bersama nisbah 18:9.

Jika dilihat pada spesifikasi yang tertiris sebelum ini, honor 7C menyokong dwi kamera utama 13MP + 20MP serta kamera swafoto beresolusi 8MP. Selain itu, ia juga dilengkapi bateri berkapasiti 2900mAh, RAM 3GB dan 32GB storan serta dioperasikan oleh Android 8.0 Oreo.

Sumber

You might also like