
Debaran kian dirasakan apabila peranti terbaharu daripada vivo iaitu siri vivo X50 bakal dilancarkan pada 21 Julai ini.

Peranti yang hadir dengan memberikan penawaran yang menarik seperti ia dihadirkan dengan fungsi gimbal stabilization memberikan kestabilan ketika merakam.
Dihadirkan dengan 4 lensa kamera di bahagian belakang iaitu 48MP + 13MP + 8MP + 8MP memberikan kualiti rakaman yang menakjubkan.

Rakaman waktu malam juga tiada masalah apabila ia hadir dengan fungsi Extreme Night yang membuatkan rakaman dalam situasi low light kelihatan sangat baik.
Lebih menarik mengenai peranti ini adalah ia hadir dengan sokongan 5G.
Jadi nantikan kehadiran peranti ini yang akan dilancarkan secara atas talian menerusi platform Facebook vivo Malaysia.