Kodak Bakal Perkenalkan Smartphone Baru?!

1Masih ingat dengan jenama kamera yang popular pada suatu ketika dulu, Kodak? Perkembangan pesat teknologi hari ini membuatkan jenama Kodak semakin dilupakan. Sebelum ini, Kodak pernah memperkenalkan sebuah telefon pintar, tetapi nampaknya kurang mendapat sambutan, mungkin disebabkan oleh kurangnya strategi pemasaran daripada mereka.

Kini, setelah agak lama menyepi Kodak kembali dengan sebuah teaser yang tersebar luas di laman sesawang hari ini. Melalui gambar yang dimuat naik, Kodak berkongsi sebuah gambar dengan butang kuasa seperti smartphone.

Adakah dengan kemunculan peranti daripada jenama Kodak, kita bakal melihat smartphone yang memfokuskan kepada fungsi penggambaran? Buat masa sekarang tiada sebarang maklumat mengenainya didedahkan, tetapi Kodak bakal mempamerkan peranti baru ini pada 20 Oktober 2016. Apakah kejutan yang dibawakan daripada Kodak, sama-sama kita nantikan!

 

You might also like