Tunjukkan Bakat Anda Melalui OPPO Reno Creativity Contest – Mulai Sekarang Hingga 10 Mei

OPPO bakal membawa masuk siri baharu mereka yang dikenali sebagai Reno ke pasaran Malaysia, sebelum ketibaan siri Reno pihak OPPO telah menganjurkan satu kempen di mana anda boleh tunjukkan kreativiti dan perspektif baharu melalui OPPO Reno Creativity Contest.

Peraduan ini bertemakan “Creativity; Limitless; Inspiration”, untuk melayakkan diri anda perlu mereka perkataan “Reno” mengikut tema dan memuat naik karya seni anda ke Instagram. Karya seni anda boleh sahaja dalam pelbagai reka bentuk dan inspirasi kreatif, selagi ia mempunyai perkataan Reno.

[ OPPO Reno Bakal Masuk Pasaran Tempatan Tidak Lama Lagi! ]

Jika anda berminat, jangan lupa sertakan hashtags #MyRenoMsia dan #HiOPPOReno dalam kapsyen karya seni anda. Peserta berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik seperti Neo Smartband, powerbank, fon telinga, tiket wayang serta tiket menghadiri Exclusive Reno Fan Experience Event.

Peraduan ini akan berlangsung sehingga 10 Mei 2019, maklumat lanjut layari OPPO Reno Creativity Contest.

 

 

You might also like