
CES 2017: Peranti Untuk Rumah Pintar Dari Lenovo
Pasaran peranti untuk rumah pintar sedang melonjak naik. Dijangkakan menjelang tahun 2019, ekosistem IoT akan terus berkembang dan pengeluar peranti pintar dijangka mampu mencatat keuntungan jualan sehingga USD 490 bilion.
Lenovo Smart Assistant
Harga: USD 129.99 (RM 581.97), Edisi Harman Kardon USD 179.99 (RM 805.82) Variasi: Kelabu Muda, Hijau, Jingga Tarikh Jualan: Mei 2017
Percaya dengan tren peranti rumah pintar akan terus berkembang dan menjadi satu ekosistem teknologi yang penting pada masa kini dan hadapan, Lenovo sudah bersedia melancarkan Lenovo Smart Assistant, sebuah peranti dengan teknologi pembantu pintar yang akan memudahkan anda mendapatkan maklumat, membuat peringatan, pengurusan kerja dan bermacam-macam lagi, semuanya dengan arahan suara.
Lenovo bekerjasama dengan Amazon untuk penghasilan peranti ini di mana pembantu pintar di dalam Lenovo Smart Assistant ini sebenarnya adalah Alexa yang sudah pun digunakan meluas di seluruh dunia. Peranti ini juga dilengkapi pembesar suara Harman Kardon, sesuai untuk anda mendengar muzik ketika sedang beristirehat di rumah.
Spesifikasi
| Pemproses | Intel Celeron N 3060 |
| Saiz | 1.5 L |
| Berat | 0.76 kg |
| Servis Kecerdasan Pintar | Alexa |
| Memori | RAM: 2GB ROM: 8GB |
| Sambungan | WiFi, Bluetooth 4.0 |
Lenovo Smart Storage
Harga: USD 139.99 (RM 626.74) Tarikh Jualan: Mei 2017
Penawaran peranti rumah pintar Lenovo adalah Smart Storage, penyelesaian storan digital yang mempunyai sekuriti yang ketat dengan kapasiti 6TB, akses tanpa wayar dual-band dan keupayaan auto–sync pelbagai peranti. Direka untuk keselamatan data dan P2P (peer-to-peer) akses kepada media yang disimpan seperti foto, muzik dan dokumen, Lenovo Smart Storage menawarkan pengguna akses data yang pantas melalui fungsi pengecaman wajah.
Spesifikasi
| Pemproses | Intel Celeron N3060 Processor 1.6 GHz |
| Dimensi | 15 x 115 x 180 mm |
| Berat | 2TB: 1.63 kg 6TB: 1.75 kg |
| Memori | RAM: 2GB DDR3 ROM: 8GB |
| Kapasiti | 2TB / 6TB |
| Sambungan | 2 x 2 WiFi 802.11 ac, dual band, RJ45 1000M, 2 x USB 3.0 port |






