
CES 2017: HP Memperkasakan Industri Komputer Dengan Inovasi Terbaru
Pada CES 2017, HP telah melancarkan barisan inovasi PC terbaru yang hebat untuk pengguna masa kini. Barisan perkakasan dan peranti komputer terbaru dibina bagi memenuhi kehendak pelbagai kelas pengguna, meliputi kegunaan di rumah, pejabat dan juga untuk aktiviti kompetitif. Antara produk yang dilancarkan adalah:-
HP EliteBook X360
Komputer riba untuk para pekerja profesional ternipis di dunia. Ia menggabungkan ciri-ciri HP Spectre dan HP Elite justeru menghasilkan sebuah komputer riba yang boleh diharapkan dan juga elegan. HP EliteBook X360 mempunyai jangka hayat bateri yang terpanjang di dunia, iaitu sehingga 16 jam 30 minit. Selain itu, ia juga dilengkapi paparan 13.3 inci 4K UHD (2) teknologi Windows Hello dan sokongan pen stylus.
HP Spectre x360
Berikutan kejayaan model 13.3 inci, generasi kedua HP dengan paparan 15.6 inci yang paling berkuasa di dalam portfolio Spectre telah diperkenalkan. Bateri yang lebih besar membolehkan komputer riba ini beroperasi sehingga 12 jam dan 45 minit walaupun mempunyai paparan 4K. Ini sangat mengagumkan kerana ia hampir menyamai prestasi kuasa bagi komputer riba dengan skrin Full HD.
HP Spectre X360 baru mempunyai pemproses terkini Intel Core, pemproses grafik NVIDIA GeForce 940MX bagi anda menikmati permainan dan aplikasi grafik dengan lebih baik. Selain itu, teknologi Bang & Olufsen disertakan bersama model ini bagi pengalaman audio yang hebat dan kamera IR untuk teknologi Windows Hello.
https://www.youtube.com/watch?v=TFsulBe_NiY
HP ENVY Curved All in One
Seterusnya HP memperkenalkan sistem komputer semua di dalam satu, HP ENVY Curved All in One, lengkap dengan paparan melengkung 34 inci WQHD bersama-sama empat pembesar suara yang ditala oleh Bang & Olufsen. Untuk kegunaan pada waktu malam, anda boleh mengaktifkan mod khas untuk menapis sinaran biru supaya mata anda selesa ketika menggunakan komputer dan juga menyumbang kepada tidur malam yang lebih baik.
https://www.youtube.com/watch?v=EDXzX6-86qo
OMEN X 35 Curved Display
Pertama dilancarkan pada bulan Ogos tahun lalu, HP kini membawa pemain lebih dekat dengan dunia maya mereka dengan monitor komputer melengkung, OMEN X 35 Curved Display yang dilengkapi teknologi NVIDIA G-Sync supaya anda tidak lagi mengalami isu stutter dan lag ketika bermain permainan bergrafik tinggi. Skrin melengkung dan kualiti paparan memberikan pengguna pengalaman yang lebih menghiburkan dan dunia maya yang lebih imersif.
Harga Produk
| Produk | Harga dan Tarikh Ketersediaan |
| HP EliteBook X360 | Sekitar penghujung bulan Januari 2017 |
| HP Spectre X360 | USD 1,279.99 (RM 5730.52) penghujung Februari 2017 |
| HP ENVY Curved All in One | USD 1,729.99 (RM 7,745.17) 11 Januari 2017 |
| OMEN X 35 Curved Display | USD 1,299.99 (RM 5,820.06) sekitar Mac 2017 |
zzz






