HP Elite x3, Satu Smartphone Untuk Ekosistem Profesional Yang Lengkap

1eRing berpeluang menyertai HP dalam majlis pelancaran smartphone terbaru mereka yang kami rasakan cukup hebat. Tanggapan pertama kami terhadap HP Elite x3 adalah peranti ini memberikan aura profesional kepada pemiliknya, kenapa? Jom baca.

2Majlis pelancaran HP Elite x3 berkisar sekitar kehidupan seorang individu profesional yang terbabit dengan pelbagai tugasan seperti pembentangan, mesyuarat, video conference dan pelbagai lagi. HP Elite x3 ternyata dilahirkan bagi memudahkan golongan ini melakukan kerja tanpa perlu menghadapi banyak kesukaran. Anda boleh menganggap smartphone ini sebagai sebuah komputer mudah alih yang sentiasa berada bersama anda.

3Hanya dengan menyambungkan HP Elite x3 ke dok khas, smartphone ini boleh bertukar kepada sebuah komputer yang mampu melakukan pelbagai kerja. Selain itu perkakasan sampingan yang dihasilkan HP bagi ekosistem ini bakal memudahkan lagi kerja anda. Windows 10 Continuum dari Microsoft adalah enjin utama yang menjadikan peranti ini serba boleh, ia membolehkan HP Elite x3 beroperasi sebagai sebuah smartphone, tablet, komputer riba ataupun sebuah komputer.

4Di samping fungsi profesional, HP Elite x3 juga menawarkan sistem sekuriti yang boleh dipercayai. Menurut Bruce Howe, kos yang terpaksa ditanggung individu dan organisasi akibat kelemahan sekuriti amat tinggi, oleh itu Microsoft dan HP memastikan satu sistem sekuriti yang selamat dan hebat dilengkapkan pada HP Elite x3 bagi memastikan maklumat, informasi dan pelbagai data profesional yang berada di dalam peranti sentiasa selamat.

5Harga jualan menjadi perbualan rakan media ketika kami sedang mencuba peranti ini, dengan tag harga RM 3,599 RM 3,399 ia sememangnya di kalangan model yang mahal, namun fungsi yang ditawarkan amat berbaloi kepada pengguna profesional yang memerlukan sebuah peranti yang boleh melakukan tugasan yang kami sebutkan pada awal tadi.

Spesifikasi

Sistem Operasi Windows 10 Mobile
Pemproses Qualcomm Snapdragon 820
Memori RAM: 4 GB
ROM: 64 GB
MicroSD: Sokong sehingga 2TB
Paparan 5.96 inci WQHD (2560X1440 piksel) AMOLED
Corning Gorilla Glass 4
Audio 2 strereo speaker dari Bang & Olufsen
Kamera Utama: 16 megapiksel
Hadapan: 8 megapiksel
Bateri 4150 mAh

 

Salah satu demonstrasi kemampuan HP Elite X3 yang boleh digunakan untuk menjadi desktop.
Salah satu demonstrasi kemampuan HP Elite X3 yang boleh digunakan untuk menjadi desktop.
You might also like