
Wallet Watch
Aplikasi Wallet Watch adalah cara terbaik untuk mengawal pembelanjaan bulanan anda. Selain boleh mengasingkan perbelajaan yang dilakukan pada setiap bulan, aplikasi ini juga secara automatik akan memberitahu berapa jumlah baki yang tinggal setelah menolak semua perbelanjaan. Sepertimana aplikasi kewangan yang lain, Wallet Watch juga telah diasingkan kepada beberapa kategori untuk kemudahan pengguna seperti ‘Lend Borrow’ untuk penghutang dan pemiutang, ‘Bill Splitter’ bagi pembayaran bil serta ‘Voucher Vault’ untuk semua baucer hadiah, kad beli belah dan juga baucer diskaun. Ia juga akan memaparkan jumlah yang perlu dibayar menggunakan warna agar anda tidak terlepas membayar ke semua bil pada setiap bulan.
Muat Turun:
- RM 0
- 1.21 MB
- Windows phone 8.0 dan ke atas