
OPPO Dianugerahkan Dua Pengiktirafan Istimewa Dari Media Antarabangsa
Baru-baru ini OPPO dianugerahkan dua kepujian dari International Data Group (IDG) pada satu majlis istimewa sebagai sebahagian daripada CES, Las Vegas.
Pengarah Urusan IDG Ventures, Patrick Kenealy, menyampaikan anugerah Global Top Smart Phones Brand dan Global Top Smart Connected Devices Brand bagi tahun 2016-2017. Menurut Kenealy, anugerah tersebut dihadiakan kepada OPPO atas usaha syarikat berkenaan sepanjang tahun lalu dalam memacu perkembangan teknologi dan komitemen mereka untuk sentiasa berinovasi.
Luma Lu, Pengarah Teknologi OPPO pula berkata mereka sungguh berbesar hati kerana usaha mereka diiktiraf pihak antarabangsa dan mereka akan mengekalkan komitmen mereka untuk memberikan yang terbaik kepada pengguna teknologi pada tahun ini.

