
Kerjasama Uber & Manchester United Untuk Kemudahan Peminat Mereka
Manchester United dan Uber telah mengumumkan kerjasama global di antara mereka yang akan memudahkan akses peminat kelab tersebut semasa hari perlawanan.
Satu zon istimewa akan diwujudkan khas di Old Trafford untuk peminat yang datang dan pergi menggunakan Uber, lantas mewujudkan suasana yang selamat dan pantas untuk peminat bergerak keluar masuk stadium. Jadi jika anda bercadang untuk melawat Old Trafford pada masa akan datang, jangan lupa gunakan servis Uber di sana bagi memudahkan pergerakan anda. Uber juga akan menghubungkan peminat di lebih 30 negara melalui beberapa kandungan istimewa kelab tersebut seperti pengalaman hari perlawanan, rakaman belakang tabir dan lain-lain lagi.

