
Amaran Gambar Sensitif Di Dalam Instagram
Bagi memberikan pengalaman penggunaan Instagram yang lebih selamat dan terkawal, Instagram akan mula mengkaburkan gambar-gambar yang dikelaskan sebagai sensitif dan memberikan amaran kepada pengguna sebelum gambar tersebut boleh dilihat.
Walaupun Instagram akan mula mengkaburkan gambar-gambar sensitif di dalam platform mereka, peraturan gambar-gambar yang dilarang masih lagi berkuatkuasa, di mana jika ada pengguna yang memuat naik gambar-gambar tersebut, Instagram akan mengambil tindakan juga.

