Platform Novakid ESL menyampaikan suara generasi muda

77
- Iklan -

Kanak-kanak di seluruh dunia akan berkongsi pandangan mereka tentang masa depan yang menggembirakan dalam projek #KidsTalkFuture

SAN FRANCISCO, 3 Mei 2021 /PRNewswire/ — Kita semua inginkan masa depan yang paling menggembirakan untuk generasi baharu. Tetapi apakah yang difikirkan oleh kanak-kanak tentang “masa depan yang gembira”? Novakid, platform ESL nombor satu di Eropah, bertanyakan soalan ini secara langsung kepada kanak-kanak dan membiarkan jawapannya didengari di seluruh dunia.

Pada bulan April 2021, Novakid melancarkan kempen digital #KidsTalkFuture. Ia mengajak kanak-kanak di seluruh dunia berkongsi visi tentang masa depan yang menggembirakan untuk planet ini. Projek ini menggambarkan misi Novakid — ia bukan sahaja mengajar Bahasa Inggeris, tetapi juga mewujudkan peluang baharu kepada kanak-kanak dari negara yang berbeza, memberi mereka peluang untuk berkomunikasi dalam bahasa yang sama dan membina masa depan yang menggembirakan bersama-sama.

Kempen ini dilaksanakan di peringkat global — kanak-kanak dari negara yang berlainan dijemput untuk menyertai projek tersebut.

Untuk menyertai pertandingan ini, rakamkan bicara anak anda tentang topik ini dalam Bahasa Inggeris dan kongsi video di media sosial dengan tanda pagar #KidsTalkFuture dan #Novakid.

Pertandingan ini akan berlangsung pada bulan Mei dan bahagian akhir projek ini akan diadakan pada 1 Jun, dengan suatu kompilasi video pemenang akan disiarkan pada salah satu saluran TV terbesar di dunia.

“Novakid mencipta semula kaedah pembelajaran Bahasa Inggeris untuk kanak-kanak di negara yang Bahasa Inggeris bukan bahasa pertuturan utamanya,” kata Max Azarow, pengasas bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Novakid. “Matlamat kami adalah untuk memperbaiki dunia dengan memupuk komunikasi tanpa sempadan pada abad ke-21. Kami percaya bahawa dunia yang menghubungkan kanak-kanak di seluruh dunia menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa umum untuk berkomunikasi dan bertukar-tukar idea akan mendorong kepada lebih banyak keamanan dan kemakmuran untuk semua.”

Novakid ialah sekolah ESL dalam talian nombor satu di Eropah untuk kanak-kanak (berumur empat hingga 12 tahun) dengan pelajaran berasaskan permainan secara individu selama 25 minit bersama penutur asli. Ia diperbadankan di AS dengan lebih 43 ribu orang pelajar di seluruh dunia. Platform IT Novakid yang terkenal menekankan personalisasi dan pengekstrakan data dan analisis yang dibantu oleh AI. Pendekatan kurikulum dipacu data syarikat ini melibatkan data pencapaian pelajar yang sangat terperinci daripada sesi antara guru dengan pelajar yang disesuaikan secara peribadi pada kurikulum pelajar, pada masa yang sama meningkatkan kurikulum keseluruhan melalui ujian A/B malar untuk menjana hasil yang lebih baik buat semua pelajar.

Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/05/platform-novakid-esl-menyampaikan-suara-generasi-muda.jpg

Laman web:
https://www.novakidschool.com 
https://new.novakidschool.com/kidstalkfuture

Keywords: Computer/Electronics Education Entertainment Multimedia/Online/Internet Social Media Television Children-related news

Source: PRNEWSWIRE