
HUAWEI, jenama telefon pintar kedua terbesar di Malaysia menambah satu lagi pencapaian kepada portfolionya. Mengesan persepsi awam terhadap ribuan jenama merentasi pelbagai sektor di dunia, YouGov BrandIndex telah menempatkan HUAWEI di antara 10 jenama utama di dalam carta Kedudukan Tertinggi Advokasi Malaysia 2017, dengan skor keseluruhan 68.2.
Menurut Bill Liu, Pengarah Negara Bahagian Bisnes HUAWEI Malaysia, ini merupakan pengiktirafan yang amat besar mereka terima dari rakyat Malaysia. HUAWEI teruja untuk disenaraikan sebagai tempat ke-6 dalam carta tersebut, yang menyerlahkan berapa banyak jenama yang disukai oleh para pelanggan.
“Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan kami yang telah bersama kami sepanjang perjalanan ini. Kami akan terus membawa peranti dan perkhidmatan cemerlang yang akan meningkatkan kualiti kehidupan dan mencipta pengalaman yang bermakna bagi semua.” katanya.
HUAWEI merekodkan peningkatan yang paling tinggi dalam kalangan 10 jenama utama, dengan jumlah 20.6 perubahan dalam skor. Ini adalah peningkatan eksponen dari skor 2016, 47.6 ke skor 68.2 tahun 2017. Berdasarkan carta ini, HUAWEI telah mendahului jenama antarabangsa lain seperti Facebook, Nivea dan Prudential, antara yang lain-lain.

