
Buat peminat OPPO, korang mesti teruja apabila OPPO telah melancar 2 peranti terbaharu yang dikenali sebagai OPPo Reno3 dan OPPO Reno3 Pro.

OPPo Reno3 Pro ini tampil dengan spesifikasi yang sangat baik iaitu apabila ia dihadirka ndengan skrin bersaiz 6.4″ AMOLED. Apa yang pasti, peranti ini dikuasakan oleh cip pemproses MediaTek Helio P95 dan dipadankan dengan RAM sebesar 8GB serta storan 256GB.

Dari aspek kamera pula, ia dihadirkan dengan 64MP + 13MP + 8MP + 2MP bagi kamera belakang dan kamera hadapan pula disertakan dengan dwikamera 44MP + 8MP. Uniknya mengenai peranti ini apabila ia dihadirkan dengan 5x zum hibrid dan 20x digital zum.
Dari aspek bateri juga baik apabila ia dihadirkan dengan kapasiti bateri sebesar 4025mAh dan dipadankan dengan pengecasan pantas 30W, VOOC Flash Charge 4.0.

Bagi OPPO Reno3 pula, spesifikasi tidak banyak beza dengan OPPO Reno3 PRo, namun dengan beberapa perbezaan. Peranti ini tampil dengan pemproses P95 dan dihadirkan dengan kamera utama 48MP dan hanya 1 kamera bagi kamera hadapan. Ia juga dihadirkan dengan pengecasan pantas VOOC Flash Charge 2.0 20W.
Berikut adalah harga jualan bari siri OPPO Reno 3:


