Lazada Pertingkatkan Sokongan Kepada Petugas Barisan Hadapan & Rakyat Malaysia Yang Memerlukan!!

- Iklan -

Selepas lebih setahun setengah berjuang melawan pandemik, ramai rakyat Malaysia sudah kehabisan sumber untuk mengharungi sekatan ekonomi dan kemerosotan pendapatan, malah ada yang kehilangan punca rezeki dan keupayaan menyara hidup diri sendiri dan keluarga mereka. Mengambil iktibar daripada rakyat Malaysia yang bersatu hati dalam tempoh beberapa minggu lepas untuk membantu mereka yang memerlukan, Lazada Malaysia juga menggiatkan usaha untuk menyokong mereka yang memerlukan menerusi kempen Stronger Together (Bersatu Kita Teguh) di platform sumbangan digital LazadaForGood, Lazada.

Inisiatif tersebut, yang diadakan dari 1 hingga 31 Julai menyediakan pelbagai bentuk bantuan termasuk barangan runcit dan keperluan, makanan untuk golongan memerlukan, sokongan untuk kanak-kanak dan petugas barisan hadapan kita, dan juga bekalan makanan dan barangan keperluan bagi rumah perlindungan haiwan dengan kerjasama jenama-jenama utama di platform Lazada dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang disokong mereka.

Jika anda sedang mempertimbangkan cara untuk membantu rakyat Malaysia dan menyumbang kepada masyarakat, anda boleh berbuat demikian dengan:

  1. Mengunjungi laman LazadaForGood: https://s.lazada.com.my/s.2DdkG
  2. Memasukkan barangan atau jumlah sumbangan ke troli anda.
  3. Daftar keluar dan bayar untuk barangan yang telah anda pilih. (Perhatian: Sumbangan
    hendaklah dibuat tanpa kombinasi dengan barangan fizikal kerana pembelian ini merupakan
    item digital semasa membayar.)
  4. Setelah sumbangan anda diterima, jenama yang turut serta akan mengagihkan produk dan
    dana yang disumbangkan kepada NGO yang berkenaan.

Sumbang Barangan Runcit dan Keperluan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terdedah Beberapa peniaga runcit yang bermurah hati telah menyusun pek makanan dan kotak bekalan hayat khas yang boleh anda beli dan hantar terus ke NGO yang terpilih seperti The Lost Food Project, MyFundAction, MRCS dan MERCY Malaysia yang akan membuat agihan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bagi pihak anda. Barangan keperluan dan runcit yang terdapat dalam bungkusanini termasuk beras putih, minyak masak, bahan makanan kering, makanan dalam tin, susu formula dan lampin bayi.

Bekalkan Makanan Kepada Seluruh Komuniti dan Keluarga

Beberapa NGO di Malaysia telah memainkan peranan aktif membekalkan sajian makanan dan bakul
makanan kepada golongan yang paling memerlukan. Mereka telah menyediakan bakul makanan
khas yang membolehkan anda membekalkan makanan kepada 500 orang dengan sumbangan hanya
RM100 atau dua keluarga selama sebulan dengan sumbangan RM500. Sumbangan anda pasti
mengukir senyuman yang penuh bermakna!

Berikan Sokongan Tambahan Kepada NGO

Selain daripada bantuan dalam bentuk makanan dan barang keperluan penting bagi golongan yang
kurang mendapat perhatian, NGO di Malaysia juga mengumpulkan derma yang akan digunakanuntuk perkhidmatan ambulans, pakaian PPE untuk petugas barisan hadapan, bekalan perubatan dan keperluan lain. Sumbangan di bawah RM5 – Sajian Makanan Untuk Petugas Barisan Hadapan

Berikan Kasih Sayang Kepada Sahabat Haiwan Kita

Rumah-rumah perlindungan haiwan tempatan terus menanggung beban untuk meneruskan operasi ekoran kekurangan dana sumbangan. Di samping itu, sejak pandemik tahun lepas, terdapat peningkatan kes haiwan yang dibuang kerana banyak keluarga yang tidak mampu lagi memberi makanan dan jagaan seperti dahulu.

Bagi para pencinta haiwan yang tidak dapat memelihara haiwan tersebut tetapi tetap mahu melindungi kesejahteraan mereka, Lazada menyediakan saluran untuk anda. Menerusi rakan-rakan kerjasama dalam kalangan pembekal barangan haiwan peliharaan di Lazada, anda kini boleh membeli baucar digital bagi makanan haiwan, yang dihantar ke rumah-rumah perlindungan seperti My Forever Doggo, Malaysia Independent Animal Rescue dan Second Chance Animal Shelter.

Sejak dilancarkan pada bulan Mac tahun lepas, LazadaForGood telah membantu menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan dan pekerja barisan hadapan dengan sumbangan lebih RM 700,000 di samping memberi sokongan kepada pelbagai tujuan yang berkaitan dengan COVID-19.

Jika anda mampu memberi sumbangan, kunjungi laman LazadaForGood sekarang di sini untuk membuat sumbangan anda. Setiap sumbangan akan meringankan beban mereka yang terjejas akibat pandemik!

You might also like