- Iklan -

Strim 32 Jam & Memenangi HONOR Earbuds 2 Lite Dengan Peraduan Power Up bersama JOOX X HONOR! – Peraduan Bermula 23 Hingga 29 Julai 2021

- Iklan -

Berita baik kepada penggemar muzik! Rebutlah peluang ini untuk memenangi HONOR Earbuds 2 Lite dengan menyertai Peraduan Power Up bersama JOOX X HONOR! Strim dan Menang yang bermula hari ini hingga 29 Julai 2021.

Cara penyertaan mudah sahaja. Hanya perlu ke laman Facebook HONOR Malaysia, kemudian ‘Like’ dan kongsi hantaran tersebut. Seterusnya, cari senarai main Power Up! di JOOX dan mula strim. Seramai 5 pendengar terawal yang berjaya mencapai jumlah durasi strim 32 jam berpeluang membawa pulang HONOR Earbuds 2 Lite yang bernilai RM299. Jumlah durasi penstriman anda untuk Power Up! akan direkod berdasarkan sistem data JOOX untuk mengenal pasti pemenang.

Peraduan ini hanya terbuka untuk semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas. Pengguna yang pernah memenangi mana-mana kempen dan peraduan JOOX dalam tempoh 90 hari tidak layak untuk menyertai Power Up bersama JOOX X HONOR! Strim dan Menang. Pemenang akan menerima makluman menerusi mesej dalam aplikasi JOOX dalam tempoh 10 hari waktu bekerja selepas tarikh tamat peraduan tersebut. Maklumat lanjut mengenai peraduan ini boleh ke laman Facebook HONOR Malaysia.

HONOR Earbuds 2 Lite dilabelkan sebagai fon telinga terbaik oleh JOOX dan juga dianggap ‘peneman’ penggemar muzik. Sebagai generasi baru fon telinga Stereo Tanpa Wayar Sebenar (TWS), HONOR Earbuds 2 Lite mengetengahkan tiga tumpuan utama iaitu hayat bateri 32 jam, pembatalan hingar aktif (ANC) dan pengecasan pantas. Fon telinga ini juga ‘teman sejati’ siri baru telefon pintar

HONOR 50 yang bakal memasuki pasaran Malaysia dalam masa terdekat. Didatangkan dalam rekaan bergaya dan ergonomik, fon telinga ini dilengkapi bateri berkapasiti besar serta penggunaan tenaga rendah agar pengguna boleh memutar lagu selama 32 jam 1 selain menikmati 10 jam muzik tanpa gangguan dengan hanya sekali pengecasan. JOOX mempunyai 40 juta koleksi muzik dan ini memberi pengalaman menstrim dengan bebas pada bila-bila masa.

Dengan ANC, HONOR Earbuds 2 Lite berupaya mengurangkan bunyi bising persekitaran sehingga 22 desibel (dB), sekaligus memberi pengalaman mendengar muzik dan audio dengan jelas dan berkualiti. Selain itu, HONOR Earbuds 2 Lite dipasangkan teknologi dwi mikrofon yang berupaya mengesan suara manusia. Menggunakan struktur anti laluan angin, fon telinga ini dapat mengurangkan bunyi angin supaya suara lebih jelas didengar. Ciri ini sesuai untuk penggemar muzik, karaoke atau ‘melayan’ JOOX dengan sepuas hati.

HONOR Earbuds 2 Lite ditawarkan pada harga RM299 dalam warna putih Glacier White. Untuk pembelian, kunjungi platform e-dagang Lazada HONOR Flagship Store, Shopee HONOR Malaysia Official Store, Senheng Online Store dan Stor HONOR Berdaftar di seluruh negara.

- Iklan -

You might also like