IFA 2018 : Sony WH-1000XM3 Dilengkapi Dengan Port USB Type-C

Sempena acara IFA 2018 yang berlangsung di Berlin kali ini, Sony telah memperkenalkan sejumlah produk baru keluaran mereka. Antaranya, fon kepala Sony WH-1000XM3 tanpa wayar.

WH-1000XM3 dilancarkan sebagai tambahan produk terbaru dalam siri 1000X siri tanpa wayar dengan beberapa penaiktarafan pada rekaan dan fungsi. 1000XM3 mempunyai reka bentuk baru yang lebih langsing dan ringan selain kemaskini pada rekaan pad telinga serta kepala yang lebih tebal.

Fon telinga ini akhirnya boleh dicas menggunakan kabel USB Type-C dan bateri yang digunakan mampu memberikan tempoh penggunaan sehingga 30 jam dengan sistem pembatalan hingar diaktifkan. Cip HD Noise Cancelling Pro cessor QN1 yang terkini menjanjikan pembatalan hingar yang lebih baik berbanding model terdahulu.

 

 

Pada masa sama, Sony juga melancarkan fon kepala sukan WF-SP900 tanpa wayar yang menawarkan rintangan air dan habuk serta dilengkapi dengan storan dalaman. Selain itu, Sony turut mempamerkan pemain muzik digital DMP-Z1 dengan penguat analog output tinggi dan fon kepala stereo IER-Z1R di telinga dengan tindak balas frekuensi sehingga 100kHz.

Tidak ketinggalan, Sony turut memperkenalkan fon kepala monitor IER-M9 dan IER-M7 yang mana memberikan kualiti pengasingan dan kestabilan pada bunyi yang kebiasaannya dicari para artis semasa persembahan secara langsung.

 

You might also like