OnePlus 7 Kini Hadir Dengan Warna Baharu Mirror Blue

Seperti yang diketahui, OnePlus 7 telah dilancarkan pada Mei lalu dan pada ketika itu hanya terdapat 2 varian warna sahaja iaitu Mirror Gray dan Blush Red. Namun baru-baru ini menerusi laman sesawang rasmi OnePlus India dan Amazon India, OnePlus telah menyenaraikan warna baharu iaitu Mirror Blue.

Walaubagaimanapun, warna Mirror Blue ini hanya terhad untuk pasaran India sahaja pada ketika ini.

Peranti ini bukan hanya hadir dengan warna yang cantik tetapi spesifikasi yang sangat baik. Hadir dengan rekaan takuk kecil pada paparan skrin berukuran 6.41 inci berserta resolusi 2340 × 1080 piksel. Peranti ini dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 855 dan RAM sehingga 8GB + storan hingga 256GB.

Aspek kamera juga baik apabila hadir dengan dwi kamera utama dengan gabungan lensa 48MP + 5MP dan kamera hadapan pula sebesar 16MP (Sony IMX471). Kapasiti bateri adalah 3700mAh dengan sokongan pengecasan pantas 20W dan hadir dengan pengimbas cap jari terbina pada skrin.

Peranti OnePlus 7 ini pastinya sebuah peranti yang dinanti. Walaubagaimanapun, masih belum ada sebarang berita mengenai ketibaan OnePlus 7 bagi pasaran Malaysia.

You might also like