Game PERCUMA PlayStation Plus Untuk November 2019: Nioh & Outlast II

Welcome November! PlayStation Asia baru-baru ini telah mengumumkan game percuma khas untuk pelanggan PlayStation Plus (PS Plus Member), iaitu Nioh dan Outlast 2.

Muat turun akan bermula pada 5 November sehingga 3 Disember melalui PlayStation Store, sementara ini bagi game percuma bulan Oktober iaitu The Last of US Remastered dan MLB: The Show 19 masih boleh dimuat turun sehingga 4 November.

Game Nioh adalah permainan RPG yang dibangunkan oleh Team Ninja, anda haruslah menggunakan kepakaran dan kehebatan diri sendiri dalam menentang musuh di Jepun Kuno, berjuang bagi membebaskan roh Guardian Spirit dari tangan ahli sihir yang jahat.

Game Outlast II mengisahkan seorang wartawan, Blake yang perlu menyelamatkan isterinya dari sebuah kampung yang penuh dengan penduduk gila yang dipercayai dikawal oleh organisasi ajaran sesat.

 

You might also like