Nokia 6 Dengan Sistem Operasi Android Diperkenalkan

1HMD Global, sebuah syarikat dari Finland yang telah membeli hak penggunaan dan pengeluaran smartphone jenama Nokia telah pun mengumumkan sebuah model Nokia yang akan menggunakan sistem operasi Android.

Ramai yang pastinya berasa sangat teruja kerana Nokia merupakan lagenda di dalam fasa awal industri telefon bimbit, dan kemunculan semula ini pasti akan menggembirakan ramai di antara kita. Namun buat masa kini peluang untuk mendapatkan Nokia 6 apabila ia dilancarkan kelak agak tipis kerana model ini hanya akan dijual di China. HMD Global masih belum mengumumkan sebarang perancangan untuk membawa Nokia 6 ke pasaran lain.

2HMD Global mendedikasikan satu laman khas bagi memperkenalkan Nokia 6, melalui laman ini anda boleh menonton video produk dan mendaftarkan e-mel anda untuk mendapatkan kemas kini berita Nokia 6 terus ke dalam peti e-mel.

You might also like