
Seperti yang kita tahu, OPPO Malaysia telah mengumumkan OPPO F5 6GB Edisi Merah yang akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 6 Disember 2017. Pra-tempahan juga boleh dibuat pada hari yang sama, pukul 12.30 tengahari.
Semalam kami juga ada berkongsi mengenai OPPO Malaysia yang telah bekerjasama dengan Swarovski untuk sesuatu yang istimewa! Nak tahu apa?
Akhirnya OPPO Malaysia memberitahu akan hadir dengan sarung pelindung edisi terhad bertatahkan kristal Swarovski untuk telefon pintar ini. Sebanyak 1,000 unit sarung pelindung akan diberi kepada pelanggan yang membuat pra-tempahan OPPO F5 6GB (Edisi Merah) di Malaysia.
Lebih istimewa, Neelofa selaku duta OPPO F5 6GB (Edisi Merah) juga akan berada di pelancaran rasmi nanti dan dia akan membuat ‘unboxing’ semasa pelancaran berlangsung.
Tunggu apa lagi, jangan lupa buat pra-tempahan untuk mendapatkan sarung pelindung Swarovski edisi terhad ini.

